Project Description

11 Januari 2017: Syarikat International Marketing And Net Resources adalah syarikat yang dilantik oleh KDN untuk melaksanakan proses pendaftaran program Penggajian dan Penempatan Semula (3PS/PEMUTIHAN) dan program Pulang Sukarela (3+1) menggunakan sistem pendaftaran atas talian. Data-data majikan dan tenaga kerja Indonesia akan disimpan di dalam pangkalan data yang dilengkapi sistem kawalan keselamatan untuk mengelakkan sebarang kebocoran maklumat. Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dan Check out memo (COM) akan diproses untuk mendapat kelulusan sebelum diserahkan kepada majikan dan tenaga kerja Indonesia.