Project Description

5 Januari 2017: Syarikat International Marketing And Net Resources Sdn.Bhd. menyediakan perkhidmatan pendaftaran Program Penggajian Dan Penempatan Semula kepada majikan yang mempunyai tenaga kerja Indonesia yang telah tamat permit dan masih ingin bekerja di Malaysia dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri(KND). Majikan boleh mendaftar sendiri melalui web portal IMAN di http://rehiring.imi.gov.my. Langkah-langkah penggunaan sistem disediakan untuk memudahkan majikan membuat pendaftaran dan syarat-syarat program serta borang-borang yang perlu diisi juga boleh didapati di dalam portal IMAN.