Project Description

9 Januari 2017: Majikan dan tenaga kerja Indonesia yang mendaftar program Penggajian dan Penempatan Semula(3PS/PEMUTIHAN) akan melalui proses saringan secara berperingkat bermula daripada semakan dokumen sokongan di Kaunter Khidmat Pelanggan IMAN, pemeriksaan rekod melalui integrasi sistem IMAN-MyIMMS untuk maklumat Suspect List/Black List(SLBL), pemeriksaan rekod bertindih(Double Application), masa bertenang (Cooling Period), dan rekod pergerakan tenaga kerja Indonesia (Acctive Pass). Seterusnya saringan di Bahagian Penguatkuasa JIM untuk semakan dokumen-dokumen majikan dan pengesahan maklumat tenaga kerja Indonesia. Saringan berikutnya adalah pemeriksaan kesihatan pekerja asing di klinik panel FOMEMA.