Project Description

30 Disember 2016: Syarikat International Marketing And Net Resources Sdn Bhd menyediakan perkhidmatan pembelian tiket pesawat dan ferri untuk program Pulang Sukarela(3+1). IMAN akan memastikan harga tiket yang dijual sentiasa berada kadar yang paling kompetitif. Tenaga kerja Indonesia boleh datang terus ke IMAN untuk mendaftar dengan mengisi borang permohonan dan segala maklumat peribadi adalah dijamin sulit dan persendirian. Maklumat tenaga kerja Indonesia akan dihantar ke JIM untuk proses Check Out Memo (COM) dan Special Pass (SP). Pegawai IMAN akan memastikan tenaga kerja Indonesia dapat pulang ke negara asal secara sah dan selamat.