Project Description

1 Januari 2017: Syarikat International Marketing And Net Resources Sdn Bhd menyediakan perkhidmatan pusat panggilan yang beroperasi setiap hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 8:00am hingga pukul 5:00pm. Pusat panggilan ini akan menjawab persoalan-persoalan berkaitan program yang dijalankan iaitu Penggajian dan Penempatan Semula(3PS/PEMUTIHAN) dan Pulang Sukarela(3+1). Pusat panggilan ini menerima maklumbalas yang sangat positif daripada pihak majikan dan tenaga kerja Indonesia yang ingin mengetahui aliran proses dan dokumen-dokumen penting yang perlu dilampirkan untuk memudahkan proses permohonan. Pegawai-pegawai pusat panggilan IMAN juga membuat panggilan untuk tindakan susulan dan menguruskan temujanji majikan dan tenaga kerja Indonesia untuk fasa seterusnya di JIM.