PENJELASAN BAYARAN

Jenis dan Penjelasan Bayaran Program Pulang Sukarela

Pihak International Marketing And Net Resources Sdn Bhd (IMAN) dengan sukacitanya ingin memaklumkan segala perjalanan bagi Program Pemulangan Sukarela ini akan diselia oleh pihak kami, Ini bertujuan memudahkan segala urusan berjalan dengan lancar. Selain daripada itu IMAN juga akan membantu dan menjadi penyelaras pihak PATI berurusan dengan pihak-pihak yang berkaitan antaranya Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI), Jabatan Imigresen Malaysia, Syarikat Penerbangan dan juga mendapatkan Check Out Memo.

Bayaran yang dikenakan untuk proses Program Pulang Pulang Secara Sukarela:-

  • Bayaran perkhidmatan dikenakan bagi menguruskan segala pembelian tiket dan menjadi penyelaras kepada pihak yang bertanggungjawab iaitu Kementerian Dalam Negeri (KDN) / Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) / Kedutaan Besar Republik Indonesia dan bayaran ini juga dikenakan untuk menguruskan pengendalian perjalanan PATI

  • Bayaran ini dikenakan untuk urusan di Jabatan Imigresen Malaysia

  • Bayaran ini dikenakan untuk urusan di Jabatan Imigresen Malaysia

  • Tiket-tiket bagi program ini akan dikenakan mengikut destinasi yang terpilih, dan ianya juga mengikut terma dan syarat syarikat penerbangan. Berat barangan yang melebihi 7kg akan dikenakan bayaran tambahan bergantung kepada syarikat penerbangan.

  • Pihak IMAN juga akan mengenakan insuran ke atas PATI atas sebab-sebab tertentu :-
    > Kemalangan Peribadi
    > Perubatan dan Kos Lain
    > Pengkebumian / Penghantaran Jenazah
    > Serangan Pengganas (Tidak termasuk senjata kimia, biologi dan nuklear )