PENGENALAN IMAN

  •  

International Marketing and Net Resources Sdn Bhd (IMAN) adalah Pusat Perkhidmatan “One Stop Center” yang ditubuhkan melalui kerjasama Kementerian Dalam Negeri Malaysia dan Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia yang menjalankan urusan tenaga kerja Indonesia dari pelbagai sektor.

Visi Dan Misi Kami

Untuk menjadi perwakilan bagi pengurusan TKI yang dapat menguruskan dan menjaga kebajikan TKI di Malaysia berdasarkan kolaborasi yang dipersetujui diantara kedua-dua kerajaan.

• Membekalkan TKI yang diperlukan di Malaysia.

• Meningkatkan perhubungan diantara majikan dengan TKI dengan meningkatkan kefahaman dan keserasian TKI dengan budaya Malaysia melalui program-program latihan

• Memantau kesejahteraan TKI dengan menyediakan pusat aduan setempat (call-center)

• Menyediakan one stop centre bagi kemudahan majikan mendapatkan TKI dan pemadanan pekerjaan bagi TKI

• Meluaskan peluang kerja dan kemudahan pertukaran penempatan tenaga kerja serta menyediakan berbagai informasi tentang pasaran kerja

• Membendung kes-kes penipuan dan penderaan TKI

• Memudahkan dan mempercepatkan urusan pengambilan TKI

• Menubuhkan dan menguruskan rangkaian yang luas dengan agensi pekerja asing yang diiktiraf diluar Negara untuk memastikan bekalan mencukupi dan tepat pada masanya

Perkhidmatan Utama

  • Pendaftaran Tenaga Kerja Indonesia (TKI)
  • Penghantaran Pulang TKI
  • Pembaharuan Paspot (Indonesia)
  • Perkhidmatan Pengurusan Aduan
  • Perkhidmatan Insuran