FAQs

/FAQs

Program Rehiring merupakan suatu inisiatif yang dilancarkan oleh Kerajaan bertujuan untuk memberi peluang kepada PATI yang bekerja secara haram di Malaysia diberikan permit kerja yang sah bagi memenuhi sektor pekerjaan yang dibenarkan.

Program ini turut dirangka untuk memenuhi permintaan majikan untuk mengisi keperluan pekerja di sektor pekerjaan yang dibenarkan sahaja serta membolehkan Kerajaan mengetahui jumlah PATI dalam negara bagi tujuan pemantauan dan memenuhi keperluan senario keselamatan semasa.

KDN telah melantik syarikat International Marketing and Net Resources Sdn Bhd (IMAN) bagi menguruskan PATI warganegara Republik Indonesia bagi Program Rehiring.

Antara syarat-syarat utama Program Rehiring adalah:

  • PATI perlu mempunyai rekod kemasukan asal secara teratur ke Malaysia
  • Mempunyai majikan yang menggajikan lebih 6 bulan dan
  • Bebas daripada rekod jenayah

Selain itu, perlaksanaan Program Rehiring adalah tertakluk kepada sektor berikut:

  • Perkilangan
  • Pembinaan
  • Perladangan
  • Pertanian
  • Perkhidmatan
  • Restoran(Tukang Masak)
  • Pembersihan/Pencucian
  • Pulau Peranginan
  • Spa
  • Refleksologi
  • Hotel
  • Kedi(Lelaki Sahaja)
  • Taman Tema
  • Dobi
  • Tukang Gunting Rambut
  • Perniagaan Borong&Runcit
  • Perniagaan Tekstil
  • Tukang Emas
  • Rumah Kebajikan
  • Pengawal Keselamatan

jadual jantina

PATI yang pernah berdaftar dengan program 6P boleh dipertimbangkan untuk Program Rehiring ini.

Majikan yang mempunyai pekerja asing yang tidak mempunyai Pas Lawatan Kerja Sementara(PLKS) yang sah.

Permohonan bagi Program Rehiring oleh majikan dan PATI boleh dilakukan secara atas talian melalui portal rehiring.imi.gov.my. Syarat-syarat terperinci program turut boleh diperolehi dari laman web yang sama.
Sejurus memasuki laman utama portal, pengguna perlu memilih jenis warganegara (Indonesia,Myanmar atau lain-lain negara) di mana akan disambungkan kepada laman web rasmi syarikat dilantik yang berkenaan untuk tujuan pendaftaran.
Pemohon perlu melengkapkan butiran yang diperlukan oleh syarikat pengendali termasuk memuat naik dokumen-dokumen yang berkaitan.Sekiranya permohonan memenuhi syarat, bayaran sejumlah RM800.00 (tertakluk kos GST) caj perkhidmatan(awal) hendaklah dibuat kepada syarikat pengendali berkenaan.
Syarikat pengendali seterusnya akan memaklumkan dari semasa ke semasa status permohonan kepada majikan/PATI termasuk mengaturkan bagi proses-proses yang berkaitan seperti pembayaran kompaun di JIM, pemeriksaan kesihatan FOMEMA, permohonan kuota di Pusat Sehenti Pengurusan Pekerja Asing KDN(OSC KDN) serta pengeluaran permit kerja (Pas Lawatan Kerja Sementara-PLKS).Caj perkhidmatan sejumlah RM400.00 hanya akan dibayar kepada syarikat pengendali sekiranya semua proses selesai dan PLKS dikeluarkan kepada pekerja.
Sekiranya PATI tidak memenuhi syarat yang ditetapkan, syarikat pengendali akan menguruskan penghantaran pulang PATI ke negara asal melalui Program PATI Serah Diri Secara Sukarela Untuk Kembali ke Negara Asal (Program 3+1).
Selain daripada itu,pendaftaran juga boleh dibuat di semua Pejabat Imigresen Negeri.

Mana-mana majikan yang didapati menggaji PATI tanpa berdaftar di bawah Program Rehiring akan dikenakan hukuman yang berat mengikut perundangan sedia ada melibatkan kesalahan menggaji PATI iaitu seperti mana tertakluk di bawah Seksyen 55 (B) Akta Imigresen 1959/63 yang mengenakan hukuman denda tidak kurang RM 10,000 tetapi tidak lebih RM 50,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

Permohonan bagi Program Rehiring oleh majikan dan PATI boleh dilakukan secara atas talian melalui portal rehiring.imi.gov.my. Syarat-syarat terperinci program turut boleh diperolehi di laman web yang sama.
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Program Rehiring boleh dirujuk secara terus kepada call center Program Rehiring mengikut warganegara seperti pautan berikut:

http://www.imantki.com/contact-us/

Tidak, ia adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan mengikut peruntukan akta dan peraturan imigresen Malaysia.

Anda perlu membuat laporan polis terlebih dahulu. Setelah laporan dibuat barulah melaporkan ke jabatan imigresen untuk proses merekod dan mengemaskini maklumat. Anda perlu membuat passport baru di kedutaan warganegara.

Anda perlu membuat memaklumkan Jabatan Imigresen untuk menyenaraihitamkan pekerja serta tindakan dapat diambil terhadap pekerja yang lari.

Kelulusan pengambilan pekerja asing dibuat berdasarkan kepada jumlah keperluan sebenar majikan/syarikat.

Majikan yang diluluskan permohonan pekerja asing akan menerima perakuan kelulusan dan hendaklah membuat bayaran levi dalam tempoh 48 jam dari tarikh kelulusan. Bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk bank deraf di atas nama Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia.

Tidak dibenarkan. Pekerja lelaki dari negara Indonesia dibenarkan bekerja di dalam semua sektor kecuali sektor perkilangan. Manakala pekerja wanita dari negara tersebut dibenarkan bekerja di dalam semua sektor.

Sila rujuk kepada senarai semak yang diberikan oleh KDN/JIM/IMAN untuk senarai semak sektor yang berkaitan.

Kadar bayaran levi bagi setiap pekerja yang diluluskan adalah berbeza mengikut sektor. Setelah mendapat kelulusan, majikan hendaklah membuat bayaran levi sepertimana yang berikut:

  • Sektor perkilangan – RM1,250.00
  • Sektor pembinaan – RM1,250.00
  • Sektor perladangan – RM590.00
  • Sektor pertanian – RM410.00
  • Sektor perkhidmatan – RM1,850.00

18 – 45 tahun – Pekerja asing