Majlis / Program :

Temuramah Eksklusif Wartawan TV3 ‘Sindiket Pemerdagangan Manusia’.

Tarikh / Masa :

12 Rabiulakhir 1438H / 11 Januari 2017 (Rabu)

Lokasi / Tempat :

Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya.

Tetamu Kehormat :

YBhg. Dato’ Sri Haji Mustafar bin Haji Ali , (Ketua Pengarah Imigresen).

SINDIKET PEMERDAGANGAN MANUSIA

Temuramah eksklusif wartawan TV3 bersama Ketua Pengarah Imigresen membincangkan isu sindiket pemerdagangan manusia.

Pentakrifan ‘pemerdagangan orang’ sebagai segala perbuatan yang melibatkan pemerolehan atau pengekalan tenaga kerja atau perkhidmatan seseorang melalui paksaan, dan termasuklah perbuatan merekrut, mengangkut, memindahkan, melindungi, menyediakan atau menerima seseorang.

Mangsa sindiket pemerdagangan manusia di peringkat awal sebelum kemasukkan ke dalam negara ini sering ditaburkan dengan pelbagai janji manis yang menjadi faktor penarik untuk mereka bekerja di negara ini.

Sebagai contoh mangsa akan ditawarkan bekerja di satu sektor yang menarik minat mereka tetapi berlaku sebaliknya setelah mereka masuk ke dalam negara ini. Mereka dipaksa bekerja di sektor lain, dikurung dan tidak bertugas di tempat yang sepatutnya.

Sindiket lepas tangan mengambil jalan mudah mengaut keuntungan dengan mengurung mangsa sehingga dapat dijual atau pun dipaksa bekerja.

Tindakan agresif dalam penguatkuasaan undang-undang, pendakwaan, meningkatkan tangkapan & sabitan kes yang tinggi melalui kaedah ini dilakukan agar kedudukan Malaysia ditingkatkan kepada ‘Tier 1’ dan tiada lagi yang akan menjadi mangsa sindiket.

Jabatan Imigresen Malaysia memberi fokus kepada Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) dan Akta Penggubahan Wang Haram (AMLA). Mengatur dengan memperkemaskan melalui aspek penguatkuasaan, memberi struktur baru dan telah mewujudkan jawatan Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Operasi) khusus dalam mengendalikan operasi dibawah bidang penguatkuasaan.

Penstrukturan semula bukan sahaja menangkap, menahan dan mendakwa sehingga sabitan bahkan dipastikan bahawa sistem prosedur di tambah baik untuk mendidik masyarakat dalam kesepaduan tindakan yang dilakukan.

Entiti penguatkuasa undang-undang melakukan tindakan bersepadu melalui pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bersama agensi dan pihak berkuasa yang lain.

Masyarakat digesa tampil melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mempunyai maklumat mengenai isu pemerdagangan manusia. Hukuman yang tegas terhadap mereka yang melakukan kesalahan pemerdagangan manusia.